Setiap manusia yang hidup di muka bumi ini sentiasa memikirkan mengenai kekayaan, kemewahan, kebahagiaan dan tentunya kejayaan. Anda juga tidak terkecuali untuk memikirkannya. Usah menipu diri sendiri dengan mengatakan bahawa anda tidak pernah memikirkan tentang kekayaan, kemewahan, kebahagiaan serta kejayaan. Ini kerana ia menjadi lumrah kita semua sebagai manusia dahagakan semua ini.
Malahan jika anda bertanyakan kepada anak-anak kecil, mereka pun berharap mereka ingin menikmati semua ini bila mereka dewasa nanti. Kereta besar, rumah besar, keluarga bahagia, hidup aman damai tanpa hutang dan menikmati hidup yang selesa merupakan impian semua orang. Namun begitu, mengapakah agaknya impian-impian anda ini tidak menjadi kenyataan malahan lebih teruk lagi anda hidup dalam kesempitan wang dan penuh penderitaan?
Anda Merupakan Manusia Yang Sangat Rugi Jika Hidup
Anda Diselubungi Kegelapan Dan Tidak Mampu
Menikmati Segala Impian Anda!
| Ya benar! Anda merupakan antara orang-orang yang sangat rugi dan kasihan jika hidup anda penuh dengan kegagalan, kemiskinan serta kesempitan hidup. Ini kerana anda dilahirkan oleh ibu anda di muka bumi ini dengan penuh dengan kejayaan dan kini hidup anda penuh dengan kegagalan. Bukankah ini menunjukkan hidup anda penuh dengan kerugian serta sangat menyedihkan?
Jika anda mengatakan hidup anda sempit kerana berasal dari keluarga yang miskin, percayalah ia bukanlah kerana keluarga tetapi pemikiran sempit anda sendiri. Jika anda mengatakan bahawa hidup anda dipenuhi dengan kegagalan, percayalah bahawa andalah merupakan punca yang menarik kegagalan tersebut dalam hidup anda sendiri. Percayalah bahawa anda tidak layak untuk mengalami kegagalan, kemiskinan dan kesempitan tetapi ANDA LAYAK mendapatkan kejayaan, kekayaan, kemewahan serta kebahagiaan hidup!
|
Percayalah Bahawa Hakikatnya Semua Orang
Dicipta Untuk Menikmati Kejayaan, Kekayaan,
Kemewahan Hidup Serta Kemewahan!
| Cuba anda lihat sendiri orang-orang yang berjaya, adakah secara fizikalnya mereka amat berbeza dengan anda? Adakah mereka mempunyai dua otak untuk berfikiran lebih genius? Adakah mereka mempunyai 8 kaki dan tangan untuk membuat kerja lebih pantas dan mendapat duit lebih banyak? Adakah mereka mempunyai sayap untuk terbang ke puncak kejayaan?
|
Ingin Tahu Kunci Sebenar Menjadi
Seorang Yang Sangat Berjaya?
Kuncinya Adalah Minda Anda!
| Jika tadi dikatakan bahawa dari segi fizikal, anda sama sahaja dengan fizikal orang yang berjaya. Akan tetapi pernahkah anda mempersoalkan keadaan walaupun fizikal anda sama sahaja seperti mereka, anda sentiasa mengalami kegagalan, kemiskinan, penderitaan hidup serta kesempitan? Jika Ya, tahniah kerana bijak mengetahuinya! Ini kerana minda anda amat berbeza dengan minda mereka! Semuanya kerana minda anda! Kerana minda anda! Kerana Minda anda tidak sehebat minda mereka.
|
Persoalannya Apakah Rahsia Sebenar Untuk Menjadikan
Minda Sehebat Mereka Serta Dapat Menarik
Kekayaan Dalam Kehidupan?
Jika anda ingin bertanya kepada saya berkenaan dengan rahsia ini sebenarnya rahsia ini merupakan antara "Rahsia Tertinggi" dalam kehidupan. Ia telah diamalkan oleh ramai orang di luar negara dan ia amat berkesan untuk menjadikan minda anda lebih hebat sehebat orang yang berjaya serta dapat menarik kekayaan dalam hidup anda.
"Rahsia Tertinggi" ini merangkumi segala aspek yang anda perlukan untuk menjadikan diri anda lebih berjaya, lebih kaya, lebih bahagia serta lebih mewah dan mendapatkan apa yang anda impikan dalam sekelip mata sahaja. Terlalu banyak seminar mengenainya dengan harga yang mahal. Jika anda bertanya dimanakah anda dapat mempelajari ilmu tertinggi ini, Tahniah kerana anda berada di tempat yang betul dan pada masa yang betul.
Petikan ini diambil hasil bacaan dari sebuah laman web berkait magnet rezeki.
Aku percaya kepada Tuhan dan berusaha dengan kuat untuk mencapainya. Semoga aku dimurahkan rezeki olehNya kelak dan aku bersyukur dengan seadanya apa yang aku ada.